SELAMAT MEMBACA...^__^

Blog adalah satu MEDAN untuk kita memberi PENDAPAT..

Search This Blog

Wednesday, 28 November 2012

Rintihan hati


Hari itu dengan semangat aku melangkah diri untuk pergi beriadah bersama rakan sebayaku,waktu tue menunjukkan pukul 3.00 petang,bertekad dalam hati untuk menebus balik kemenangan yang telah diambil,menjana tenaga untuk membuat pukulan yang terbaik,masa demi masa telah berlalu,pukulan demi pukulan telah diberi,dengan semangat yang jitu cuba mencapai objektif,keringat mengeluarkan peluh,mulutku terkumat kamit menyebut nama rakanku,tiba-tiba di saat aku nak smash bola,....Allahuakbar x4...,hatiku mulai terdetik untuk berhenti dan didorong dengan masyarakt yg menghormati laungan ilahi,pada ketika itu hatiku berbolak balik membuat keputusan,bisikan halus telah menyelubungi hatiku:teruskan jer bermain,ala lagipun tinggal satu set jer,lepas habis satu set nie ,pergilah solat.Lalu aku teruskan langkahku,tanganku untuk memukul bulu tangkis ,pada mulanya niat di hatiku untuk bermain hanya satu set,kemudian rakanku mengajak lagi satu set kerana ketidakpuasan hatinya,aku pun terperangkap dalam gelombang untuk membuat keputusan dan lama kelamaan aku tidak teringat akan panggilan ilahi sebentar tadi...akua langho dalam dunia permainanku...Tiba-tiba aku teringat petang itu akua ada KO-K yang perlu ku hadiri,lantasku meminta izin kepada rakanku untuk beredar,aku bergegas pulang takut dimarahi coach kerana kelewatan,dan ketika dalam perjalanan pulang ke bilik aku terfikir,kenapa hatiku tidak gentar dan serius untuk menyambut panggilan ilahi sepertimana hatiku terdetak untuk pergi menyahut panggilan KO-K,apakah aku ini tidak takut kepada Allah???.....
Ya Allah ampunilah dosa-daosa hambamu ini...yang lemah tiada tempat pergantungan,sesungguhnya enkaulah sebaik-baik tempat kami bergantung.....
 P/S:Wahai saudara2 ku sekalian, setiap perkara yang kita lakukan letakan Allah dan Rasul di hadapan, nescaya perkara yang kita lakukan itu pasti di nilai Allah....

No comments:

Post a Comment